Jana pendapatan anda melalui Handphone
Powered by MaxBlogPress  

TIP JIMAT PETROL(MUHDFIRDAUS.COM)

Salam sejahtera…agaknya belum terlambat rasanya merungkai serba sedikit perihal beberapa tip jimat petrol(minyak) maklumlah harga petrol kini di paras yang agak membebankan seluruh penduduk dunia.Akibatnya,makin ramailah yang hidup menderita lagi membebankan dan pada satu tahap suatu hari nanti pasti menjadi satu keadaan hura-hara.Diyakini sumber minyak mentah semakin berkurangan akibat desakan permintaan yang tinggi(High-demand).

Oleh sebab itu,maka perlulah digalakkan para saintis dan pereka cipta kita membuat kajian untuk membina satu alternatif penukaran penggunaan minyak kepada air.Maka jika penggunaan air berjaya diciptakan tidak mustahil pula air akan dijual RM 2.78 seliter seperti mana petrol.Manakan tidak,tidak mustahil perkara seperti akan berlaku suatu hari nanti..Namun perkara ini…wallahu’alam…Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui segala ciptaan-Nya.

Jika kita berjaya membuat penemuan kuasa wap air(Steam) mungkin akan menimbulkan perkara yang lebih baik daripada banyak menimbulkan masalah :) .Malah kadar kemalangan jalan raya juga akan berkurangan kerana kuasa steam adalah lebih lambat daripada penggunaan bahan bakar.Dengan itu juga,ramai nyawa yang berharga dapat diselamatkan saban tahun.

Baiklah berbalik dengan artikel beberapa tip jimat petrol ini,tuan punya blog ini membuat sedikit experiment tentang tip jimat petrol.Yelah,mana boleh bagi tip sembarangan kepada orang yang membaca.Nanti dituduh pula memberi maklumat palsu.Tercemar pulak nama blogger-blogger sekalian..hihihi…

Amaran keras!!!!Tip yang diberikan kepada anda bukanlah 100% berkesan terhadap semua orang,pada ketika mahupun cara pemanduan anda.Semuanya bergantung kepada keadaan,nasib,masa,jenis kenderaan dan apa jua aspek mekanikal,teknikal dan sewaktu dengannya.Oleh itu,SILA DAPATKAN KHIDMAT PROFESIONAL UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Baiklah..Saya akan berikan beberapa tip yang kebanyakkan daripada anda mungkin sudah mengetahui tip atau cadangan yang diberikan tetapi ianya perlulah diikuti mengikuti keselesaan anda.

Tip YANG PERTAMA

Minyak engine atau M-Oil kereta atau motorsikal anda perlulah ditukar mengikut masa yang ditetapkan.Kebiasaanya anda perlu menukar apabila kenderaan anda mencapai perjalanan sejauh 2000km untuk motorsikal dan 5000km untuk kereta.Penukaran minyak engine ini akan membolehkan enjin kereta anda terlindung daripada kotoran dan menjaga jangka hayat enjin kenderaan anda.Maka dengan itu,penggunaan minyak(petrol) akan dapat dijimatkan.Belilah minyak enjin yang asli bukannya tiruan agar enjin kenderaan anda dijaga dengan betul dan lasak.

Tip KEDUA

Tekanan tayar kenderaan anda diparas yang sesuai dan betul.Jika tekanan angin tayar kenderaan anda berkurangan maka ini akan menambah beban dan seterusnya melambatkan daya pecutan atau acceleration kenderaan anda.Apabila acceleration bertambah maka penggunaan minyak pun akan semakin banyak.Tapi awas!!!JANGAN PAM TAYAR KENDERAAN ANDA KETIKA DALAM CUACA PANAS TERIK DENGAN TEKANAN YANG TERLEBIH TINGGI DARIPADA SEPATUTNYA.Tayar anda boleh pecah!!Kerana molekul udara ketika cuaca panas akan mengembang dan collision akan berlaku antara molekul.Dan boleh membuat anda berasa pitam berdiri di bawah cuaca panas terik..hehe..(Kesihatan diri lebih penting).

TIP KETIGA

Tip ketiga juga tidak kurang pentingnya,pernahkah anda membuat sedikit experiment??Baiklah…saya cadangkan anda buat sedikit experiment.Baiklah situasi antara membeli minyak(petrol) pada waktu panas(tengah hari) atau waktu sejuk(Malam atau pagi)??Saya cadangkan anda membeli minyak pada waktu sejuk(Pagi atau malam).Sebaik-baiknya waktu pagi.

Mari kita buat sedikit experiment…Saya juga telah membuat experiment di mana kenderaan yang digunakan adalah YAMAHA LAGENDA 110z sebagai kenderaan statik.Kemudiannya saya membeli minyak di waktu pagi(sejuk) dan waktu panas(tengah hari).Saya dapati saya lebih dapat nikmati perjalanan lebih jauh sebanyak 45km dengan membeli minyak pada waktu pagi.

Penggunaan minyak jika dibeli pada waktu pagi adalah lebih baik.Nak bukti??alahai…saya terlupa mengambil snapshot meter kilometer perjalanan saya.Saya pastikan saya hanya membawa motorsikal pada lingkungan 60-80 km/h sahaja.

Mengapa keadaan ini berlaku??

Mengikut pemahaman saya,molekul petrol,C6H12
Kalau betul la lupa arr …hehe…Tapi molekul petrol akan menjadi lebih padat kerana dipengaruhi suhu yang sejuk.Bermakna anda akan mendapat lebih petrol di waktu pagi kerana udara@gas akan berkurangan di waktu pagi.Agak sukar di sini untuk menghuraikan..Saya percaya di sini tentunya ada ahli kimia yang lebih arif untuk menghuraikan.Oleh itu,anda dialu-alukan memberi pandangan anda.

Baikllah rasanya sampai di sini sahaja..Berjumpa kita pada masa akan datang.Walaupun tip yang diberikan sedikit semoga dapat dimanfaatkan bersama…
Sekian,wassalam..

Posted on June 28th, 2008 by admin with 8 Comments »

Coretan seminggu muhdfirdaus.com

Wah….rindu kat blog ini tak di’update’ selama seminggu …Aduhh…Kehilangan banyak momentum disertakan dengan kehilangan deria online untuk menjenguk blog ini.Baiklah…Mana selama seminggu ini??

Tuan punya blog ini tidak pergi ke mana-mana selama seminggu.Oleh sebab kekangan masa yang amat dasyat,tuan punya blog terpaksa melalaikan diri untuk tidak UPDATE blog ini tetapi disebabkan desakan daya ingatan yang tinggi terhadap awek blog ini sukar untuk dilupakan dengan rela hatinya mengupdate blog ini..

Haraf maaf kepada pembaca sekalian…Baiklah…Sebenarnya dalam masa seminggu lepas banyak sebenarnya aktiviti yang terpaksa diikuti oleh tuan punya blog ini.

Saya sebenarnya mengikuti persediaan untuk lawatan pengetua-pengetua seluruh Sarawak yang bertandang ke SM. Teknik Miri selepas mereka menghadiri beberapa meeting perguruan.Oleh sebab saya seorang pengawas(Penolong Ketua Pengawas) so terpaksalah mengikuti persediaan yang agak rapi…

Ini kerana sekolah saya,SMTM akan bertanding untuk Anugerah Sekolah Cemerlang selepas SMTM berjaya merangkul Anugerah Sekolah Harapan Malaysia pada tahun 2007..Yang dashyatnya,Saya tidak cukup tidur!!!…Arghhh …pasti hujung minggu ini akan melepaskan segala kepenatan dengan menggantikan tidur di atas katil..ehehe…

Agak lama juga saya tidak berhubung dengan rakan JV saya seperti taukey,dinberamboi dan lain-lain(yang tidak dapat dinyatakan di sini..harap maaf yea geng)..Seperti taukey yang dah update post tentang SEO nie..tentunya sudah ada projek gempaks la tu nanti..Mari kita saksikan bersama yea..Din pula,tentunya akan lebih bertambah la pendapatannya dengan perniagaan OFFLINE dan juga ONLINE…

Bagaimana pula dengan tuan punya blog nie??Saya pula hanya dapat melihat kehebatan para Internet Marketer(IM) dengan membuat lebih banyak duit :) ..Saya yakin anda juga boleh berniaga secara online..So apa lagi..Mulakanlah dengan cuba mendapat RM 1.00 yang pertama…Percayalah…Dengan RM 1.00 anda buat melalui Internet pasti dan yakinnya anda akan dapat RM 1.00 malah lebih untuk seterusnya setelah mengetahui cara dan langkah serta tindakan yang perlu diambil.

Saya pula kurang menerima servis setup blog dan sistem autoresponder kerana kesuntukan masa untuk menerima tempahan…Dulu ya,saya ada menerima tempahan sistem autoresponder.Memang diakui perniagaan yang melibatkan servis online memang membawa keuntungan yang lumayan daripada menjual produk digital.Tetapi di sini harus diingat bahawa bukan mudah untuk menawarkan servis online jika anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk menerangkan langkah demi langkah termasuklah anda juga mengetahui sedikit sebanyak hal ehwal teknikal seperti cPanel dan asas HTML…

Coretan seterusnya…pada post akan datang aku akan menunjukkan surprise kat aku sendiri…Jeng..jeng…surprisenya akan diberitahu pada post akan datang…hehe..

Posted on June 25th, 2008 by admin with 3 Comments »

Misteri KEHILANGAN REMAJA dicari…

Baru-baru ini satu berita yang tidak ada keluar kat mana-mana medium media massa sekalipun gempar seorang remaja telah hilang dan jejaknya gagal dikesan selama beberapa hari kebelakangan ini.

Menurut sumber orang ‘dalam’ pemilik blog ini,remaja ini menghilangkan diri bukan kerana tekanan jiwa mahupun masalah pelajaran ataupun bergaduh dengan kawan-kawan mahupun sedang dilamun angau cinta dengan seorang awek basah lencun.. apa pulak nie yang sedang direpekkan nie…Semua ini tidak ada kaitan dengan perasaan mental.!!

Lupa pula,detail tentang remaja yang sedang dicari ini..Seriously,remaja ini amat sukar dijejak langkahnya..

Baiklah di bawah ada beberapa detail tentang remaja ini:

  • Remaja yang berumur 17 tahun 5 bulan
  • Tinggi lampai ke>>??Sekitar 178cm ketinggiannya..
  • Kulit hitam manis mengalahkan gula
  • Memakai spec yang frame berwarna hitam
  • Suka minum air milo tak kira sejuk ke panas
  • Suka memakai pakaian hitam dan biru.
  • Semasa hilang,tengah berhadapan dengan laptopnya di Coffee Bean
  • Menggunakan handphone SE P1i
  • Suka merayau
  • dan yang lain-lain akan dinyatakan kemudian(Jika ada)

Seperti yang diberitahu di atas sedikit sebanyak akan membantu para pembaca blog ini untuk mencari budak remaja yang hilang ini di alam maya mahupun dunia nyata.

Remaja yang belum dikenalpasti identiti sebenarnya ini dikatakan keluar bersama-sama rakan-rakannya pada kali terakhir dan kemudiannya tidak mendapat sebarang berita.

Kepada sesiapa yang menemui remaja ini,sila tinggalkan post anda di ruangan komentar di bawah.

Sebenarnya kepada sesiapa yang telah membaca post di atas ianya hanya pembuka kata sahaja dan bukannya benar hanya rekaan semata-mata oleh penulis blog ini..

Rasanya dah lama gak tak membuat apa-apa entry,post dan sewaktu dengannya..

Menurut taukey plak,aku sedang bertapa di dalam hutan maya…tetapi sebenarnya anggapan itu jauh meleset daripada fakta yang sebenar.Seminggu yang lepas aku sebenarnya sedang mencari $$$$ secara offline sedikit untuk menampung kos hutang piutang dengan seorang bro member yang otai dalam Internet Bussines ini..Latar belakangnya biarlah dirahsiakan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan :)

Walaupun menghilang entah kemana..Aku sering melawat ‘rumah2′ korang yang sudi melawat blog aku ini terlebih dahulu.Mungkin korang tidak dapat merasakan kehadiran aku..huhu…

Kebelakangan ini,ilham ku mundar mandir untuk menulis coretan…Mungkin blog ini akan ditinggalkan tanpa berpenghuni…atau pun hanya menjadi coretan peribadi bukannya lagi coretanku terhadap ebiz yang memang ingin diceburi sejak mendapat RM 1.00 yang pertama setahun yang lepas.

Benar kata otai sekalian,RM 1.00 pertama yang diperolehi melalui Internet sukar dilupakan dan jika sudah tahu caranya pastinya anda akan cuba menbuat RM 1.00 kedua dan seterusnya lagi.Ya benar juga kata orang,ebiz ini memerlukan fokus yang agak mendalam.Seperti kata labanon,siapa yang tidak kenal budak remaja yang berjaya menghasilkan lebih rm10k dalam seminggu dengan produk terbarunya,FOKUS pula amat penting seperti yang diwar-warnya kat threads terbaru dalam wangcyber.com.Berjumpa lagi!!

P:S Baiklah kena pergi sekarang…tengah sibuk menjana idea :D

Posted on June 17th, 2008 by admin with 6 Comments »

JANA WANG DENGAN ADSENSE

Dulu saya tak percaya sangat ngan program pay per click adsense nie…Ye lah…Dulu baru menceburi bidang Internet nie takut untuk tertipu dengan program scam yang lain..Tetapi ternyata Program buat duit adsense ini memang diyakini untuk memperolehi sedikit pendapatan sampingan dari Internet sewajarnya dengan peningkatan harga minyak baru-baru ini yang melonjak naik ke RM 2.70 seliter..


Dalam arus kenaikan harga barang ini,adalah wajar anda mencari sedikit pendapatan sampingan..Jadi adsense adalah paling mudah untuk anda meraih pendapatan sampingan tetapi usaha kena lebih lar terlebih dahulu..Bukan senang nak memulakan pendapatan sebenar daripada Internet ini..Justeru itu anda memerlukan panduan adsense yang lengkap daripada otai iaitu En. Munawar daripada Jana-Wang-Adsense.com yang menjanjikan satu panduan lengkap yang tidak anda dapati daripada mana-mana pakar adsense di Malaysia malah setanding dengan pakar adsense luar negara..

Baiklah…kenapa anda perlu membeli panduan rahsia Jana Wang Adsense ini??

Kerana…Panduan ini dihasilkan oleh En. Munawar setelah mencuba beberapa teknik dan taktik serta pengalaman beliau sendiri dan sememangnya Panduan Jana-Wang-Adsense ini amat bersesuaian dengan ‘newbie’ yang baru ingin belajar tentang adsense..Jana wang Internet sebenar …En. Munawar juga menyediakan hasil terbaik untuk para newbie yang baru bergiat dengan adsense.Dalam sepengetahuan saya,En. Munawar telah mengeluarkan satu product digital yang diyakini oleh orang ramai terutamanya para IM..Mungkin ada di antara kita agak ragu-ragu dengan produk digital..Usah ragu..Produk Jana-Wang-Adsense ini telah terbukti di semasa Pakej Jana-Wang-Adsense versi 1.0 dulu yang ramai tidak sempat memiliki e-book ini.Kenapa yea??sebabnya pembelian ebook ini ada had yang ditetapkan oleh En. Munawar sendiri yang mana saya sendiri pun tidak mengetahui sebabnya..Sepatutnya produk berkualiti tinggi ini sepatutnya dijual berterusan..

Ini mungkin untuk menjaga kualiti dan juga kelebihan pembeli terawal yang mendapatkan produk beliau.Sememangnya wajar untuk En. Munawar berbuat demikian..Kenapa pulak saya menyokong dan berpendapatan anda perlu membeli produk Jana-Wang-Adsense??

Hujah-hujah saya bentangkan dalam bentuk point berkenaan JWA :

  • En. Munawar bertungkus-lumus untuk menyediakan yang terbaik untuk product JWA
  • Hanya orang yang benar-benar dan serious saja perlu dapatkan produk digital JWA ini.
  • Bonus yang disediakan lebih berjumlah daripada RM 100(KENYATAAN SEBENAR)
  • Tidak semua orang akan berani untuk ‘fokus’ kat goggle adsense.
  • Adsense belum lagi ‘mati’ bagi ‘newbie’
  • E-biz bukanlah dihasil dalam masa 1-2 hari seperti program cepat kaya yang janjikan.E-biz sebenarnya adalah pengalaman + usaha yang dilaburkan untuk menghasilkan pulangan dari segi kepuasan dan bukan hanya wang ringgit.
  • Panduan Jana-Wang-Adsense ini yang ramai mengatakan panduan yang paling lengkap.
  • Panduan ini lebih daripada harga jualan RM 100 yang mana ilmu En Munawar ini lebih daripada itu.
  • Panduan ini juga boleh digunakan untuk affiliate,dan program yang lain untuk menjana traffic

Saya berikan point di atas berdasarkan keikhlasan untuk memberi sedikit kupasan tentang produk En. Munawar ini.Saya sebenarnya baru sahaja membeli ebook Jana-wang-adsense semalam dengan En. Munawar.Sememangnya saya cepat dan pantas menerima link download…Terlalu banyak bonus yang diberikan kepada para pembeli.Bonus yang diberikan kepada para pembeli sebenarnya bersesuaian dengan tutorial dan panduan yang diberikan dalam produk Jana-Wang-Adsense..

Saya sebenarnya juga ada membeli beberapa panduan mengenai adsense habis jgak la wang perbelanjaan sekolah saya sekitar RM 150++ daripada IM MALAYSIA dan juga luar…Saya tidak kisah untuk melabur sejumlah wang untuk memiliki ilmu mengenai perniagaan Internet.

Saya sebenarnya belum habis membaca lagi ebook ini…Tetapi pertama sekali apabila saya membaca Pakej Jana-Wang-Adsense ini nyata saya terpegun “Wow”…ya…Kerana En. Munawar telah berkongsi banyak point berkenaan menambah pendapatan adsense dan juga cara menjana traffic ke ruang laman anda(web@blog)..Memang cukup hebat bagi saya yang memang zero dalam adsense ini.

Saya bukannya nak meninggi-ninggikan produk tersebut tetapi ini memang komen yang ikhlas daripada saya.Saya yakin dengan memiliki produk ini anda akan memperolehi pendapatan daripada adsense sedikit sebanyak.Tetapi semuanya terpulang dengan usaha dan keyakinan anda untuk melakukan adsense ini..Saya juga percaya untuk mendapatkan duit adsense ini bukannya boleh dapat 100 usd dalam masa 1-2 hari.Ini perlu dilakukan secara istiqamah.

Jangan tidak percaya jika anda berasa agak lambat loading ke Jana-Wang-Adsense.Ini kerana laman web tersebut kini dilanda dengan krisis bandwitch limited akibat mendapat sambutan ramai.Ye lah…Sebagai contoh,anda pergi ke kedai sewaktu MEGA SALE,tentunya anda berpusu-pusu ye la kan..Banyak barang hangat semasa sale..Sapa tak nak beli dengan murah kan???Begitulah juga dengan produk adsense EN.Munawar ini..

Berapa pula harga ebook ini yea??Hanya RM 100..Ya sudah cukup murah berbanding ilmu menjana traffic yang boleh anda praktikkan untuk blog bukan adsense anda terutamanya blog affiliate.Dengan melaburkan RM 100 tidak mustahil anda akan mendapat pulangan 100usd(RM 350) daripada adsense jika anda mengikuti step by step langkah yang dianjurkan oleh En. Munawar ini.

Apalah sangat RM 100 berbanding anda menyertai skim cepat kaya,program itu ini..blalala…

RM 350-RM100=Untung anda(RM 250) hanya mengikuti adsense

Saya bukanlah pakar dalam bidang adsense tetapi apabila saya membeli produk Jana-Wang-Adsense terus terang saya katakan keyakinan saya untuk bergiat dalam bidang adsense semakin meningkat kerana saya akan terus berusaha dengan langkah yang betul tanpa membuang masa saya lagi.

Saya ingin mengalukan anda untuk membeli pakej Jana-Wang-Adsense ini kerana sudah ramai yang mampu menjana wang daripada adsense.Google Adsense bukan lagi scam yea.Ianya realiti akan membayar anda berdasarkan jumlah klik di blog anda :)

Baiklah jika anda membeli pakej Jana-Wang-Adsense hanya daripada saya,saya akan memberi anda product saya sendiri bernilai RM 50++ dan beberapa lagi ebook untuk anda sebagai asas menjana wang daripada adsense.

Baiklah…Bonus yang saya akan bagi jika anda membeli dengan blog saya:

  1. E-book Panduan Mudah Order Form(Limited sahaja) RM 15(Akan dinaikkan harga lagi!!)

Ebook Adsense Revenue Exposed bernilai USD XXX.

3.Dan 2 ebook hasil ciptaan saya..RAHSIA cPanel terbongkar untuk ‘newbie’.Pernah dijual kat wangcyber tetapi sekarang saya menghentikan penjualan tersebut :). Dua ebook ini bernilai RM 30.

4. 2 lagi ebook yang diberikan kepada anda..tetapi tidak akan dinyatakan di sini…

Keseluruhan bonus ini bernilai lebih daripada RM 100++ berbanding anda hanya perlu mengeluarkan wang RM 100 untuk membeli Pakej Jana-wang-adsense dan anda juga menerima produk lebih daripada RM 100++.Ini bermakna anda jimat RM 100 lagi untuk memiliki ebook lain :) .Maklumlah harga minyak sekarang dah naik jadi kita perlu menambah sedikit pendapatan..Justeru itu,adsense merupakan paling mudah dan senang bagi anda yang mempunyai kekangan masa.

Baiklah…Jika anda membeli product janawangadsense daripada blog saya ini..Saya akan memberi anda bonus lebih daripada RM 100 ++..

Produk Jana-Wang-Adsense ini juga dilengkapi forum tertutup untuk ahli sahaja..Inilah peluang anda menambah ilmu yang tersirat dalam kalangan ahli pembeli JWA v.1 dan JWA v.2.Jumpa anda di dalam forum sana :) …Saya ingin lebih mengenali anda.

Jom..KLIK SINI anda akan menerima semua bonus di atas sementara En. Munawar masih lagi memberikan anda peluang ini.

P:S Saya dah hampir habis membaca..ternyata puas hati thumb UP…Tapi kena diulangi pembacaan sebanyak berkali-kali agar lebih memahami

Posted on June 6th, 2008 by admin with 7 Comments »

SEMUA HARGA NAK NAIK…AKU PASTI NAIK ANGIN…

Lamak sudah aku takda update blog nie..kerana beberapa kejadian yang berlaku…

Bacalah petikan e-online yang aku ambil dari Utusan Malaysia KLIK SINI

PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

Kalau korang nak baca petikan dari Berita Harian pula KLIK SINI
Dengar-dengar semua barang akan naik..Inilah realitinya apabila harga komuditi PETROLEUM sedunia naik maka barang-barang lain akan turut naik selari dengan harga petrol..Yelah…Nak hantar barang pun lori kena ada minyak petrol..Kalau tak,tak jalan la lori tu kan??
Dulu petrol RM 1.92 seliter tetapi sekarang RM 2.70 seliter yang mana peningkatan yang melebihi 40% berbanding dahulu hanya naik RM 0.30 tetapi sekarang naik 78 sen seliter…Wah..Jelasnya kenaikan minyak kali memang akan membebankan semua pihak terutamanya golongan miskin..Aku agak kesian dengan golongan miskin..Dah lerr harga beras naik..semua nak naik..Aku nak kata kaya takde la..cukup lar untuk makan sebulan.TU untuk family aku la…Tetapi bagi keluarga yang berpendapatan sederhana pastinya akan tetekan dan mengalami perasaan jiwa yang kacau..Lebih-lebih keluarga yang ramai jumlah anak-anak…Kesian sungguh bukan??
Nampak gayanya sekarang nie,semakin ramailah orang akan bertukar arah untuk menaiki motorsikal yang jimat minyak seperti Honda EX-5,Honda Wave,Modenas Kriss,Dan…Yamaha Lagenda 110z..hohoho…Yelah..nak jimatkan??Ini mungkin pilihan ramai..Hoho…Sudah tentu harga motorsikal akan naik jugak :( …Kerana semakin tinggi permintaan tentunya taukey besar nak naikkan poket jugak :) …Sekadar pendapat aku lar yea..
Nak tahu kenapa aku naik angin??Aduh..dah lerr minyak naik..sapa tak naik angin..Bukannya aku yang cap duit..Orang kaya takpe la jgak..Sekarang nie kena semakin berjimatlah nampaknya :( …Aku pun tak tau macam mana nak cakap :) …Kalau nak kata kita ni susah maka lebih ada hamba ALLAH yang lebih susah daripada kita..Maknanya kita harus bersyukur dengan apa yang ada..
Aduh…lagi satu..Aku menghadapi kemalangan motorsikal beberapa hari lepas sebab tu korang tak nampak aku nak update blog ni ke,nak post2 mana2 forum…Aku takde la papa sangat…Cuma motor aku yang sakit..Aku setakat luka-luka tu ada la sikit..Tu takpe..Motor aku yang ‘Sakii’ yang sakitnya lagi bila keluarkan duit sendiri..RM 200 duit aku terbang..Orang yang langgar aku tu just bagi RM 200 so takda wat laporan polis..Tak teruk mana daa..
Nak tukar headlamp n coverset motor tu bukannya murah..nak adjust2 sikit fork tu lagi..Main la RM 450..Tapi aku tak kisah..Dah nasib aku kot..terima aje la..takkan nak menjerit macam orang gilerrrr yerkk???
Nampaknya terpaksa larr aku cari alternatif lain nak beli satu ebook sedang hot sekarang nie :( …Korang tentunya tau kan??Ye la…duit lam poket cukup2 je nie..adoi..Nak minta kat parent tak sampai hati la plak..Biar aku cari kaedah lain..Janji aku dapat gak ebook tu..
Ye larr…aku nak tambah pendapatan sampingan sekarang nie..Nak kurangkan beban ibu bapa aku lak… :)
AKU TETAP NAIK ANGIN…dohhhhh
P:S JANGAN MARAHHH…hehe
Zemanta Pixie
Posted on June 4th, 2008 by admin with 2 Comments »

Kehilangan sengatan berbisa..

wah…terlebih terlambat sudah daripada masa yang sepatutnya untuk mengeluarkan sesuatu idea keramat daripada cetusan minda yang agak kurang berbisa..hehe…adoi…macam kenal je kan tagline line ‘wah..terlebih sudah” tu kan..hehehe…tentunya Juara Akademi Fantasia musim ke 6 ini yang agak kurang menyengat…Sebenarnya saya memang tak berminat sangat ngan AF nie..walaupun kadang-kadang terpaksa tengok je…hehe…

Sejak beberapa minggu kebelakangan nie,saya agak kesibukan dan limpahan masa yang tidak mengizinkan untuk berhadapan dengan Laptop HP kesayangan nie..Agak merimaskan juga apabila saya terlepas pandang beberapa tempahan produk orderform dan juga tekniksimple.Agak merunsingkan juga kerana terpaksa menjelaskan tentang kelambatan menghantar link download.Tentunya mereka akan marah..Maaf ribuan maaf sekali…Jangan Marah-marah..Saya ini hamba biasa je..hehe….

Semalam juga tiba-tiba saya terima adding melalui Yahoo Messenger!! daripada hamba Allah yang tidak dikenali..Rupa-rupanya apabila saya approvekan..tengok-tengok labanon larr pulak..SIapa tidak kenal remaja ni yang menghasilkan ribuan RINGGIT MALAYSIA setiap bulan??Tak gitu bro labanon??

Tentunya kerisauannya(Saudara Labanon) untuk melancarkan produk ini ada sedikit terganggu…Biarlah hanya dia yang tahu.. :) Apapun,semoga berjaya pada pelancaran produk akan datang..Alamak…”Aku bila la lagi nak ada produk hangat tu yerkk??”.bisik di dalam hati…Tentunya anda juga begitu bukan??hehe..

Saya pula nak kongsi satu benda nie..KLIK SINI kalau nak download…Optin collection..Cantik sangat..hehe..tapi kena ada sistem autoresponder la yerkk..hehe

Buat masa ini,saya agak kaku dan sememangnya kehilangan momentum untuk menulis di blog,forum wangcyber dan juga blog rakan-rakan..aduhai…kenapa la pulak…Saya pula sekarang ini hanya sebagai pemerhati blog anda sahaja…Mungkin masa agak terhad…ye lar..dah nak menimba ilmu kat pasar malam la pulak..hehe…Rahsia Pasar Malam…Labanon plak RAHSIA 10k…hehe…

P:S MAAF kepada para pembeli…adoi..Susah gak kerja sorang2 ni..hehe…

P:S Kurang sengatan berbisa spider-Man..hehe

Posted on June 1st, 2008 by admin with 7 Comments »

Kedai Makan vs Gerai Makanan

w

ah….Apa pulak kena mengena ngan title post ini yea??Kedai Makan VS Gerai Makan??Apa yang sama??Tentunya satu tempat untuk kita menikmati makanan dengan kita perlu membayar sejumlah wang kepada peniaga atau taukey??Sebenarnya idea untuk post ini ketika aku sedang menikmati makanan semalam kat Gerai Makanan..Opss Kedai Makan…Takde beza sebenarnya kan??Satu perniagaan yang berteraskan cabang yang sama tetapi nama saja yang lain..Yang jauh berbeda sekali dengan KFC mahupun mcDonald..

Kenapa pulak dauz ni mengarut yea??

Setelah meronda-ronda ke blog-blog yang selalu dironda..Alamak macam polis la pulak yea…Awal pagi dah aku online dengar lagu dari site music nieh..Saja aku buang boring yang mendalam…Semalaman aku tak dapat tido la pulak…Mana tak nya..Msg bertalu-talu datang ke handphone aku…Yang membuat aku benggang sangat N-Gage QD kesayangan aku tiba-tiba terpadam dengan sendirinye…dah la msg tu awek aku plak..Huhuhu…

Nokia N-Gage QD phone

Image via Wikipedia

Berbalik kepada tajuk entry asal…Baru semalam aku pergi makan kat satu kedai makan(Restaurant Damai) area rumah aku jugak..Bukan aku nak promote yea..Tuan Kedai tu pun tak tau aku wat entry nie..hehe..Kedai Makan tu selalu aku pergi walaupun seramai mana pun pelanggan biar aku tunggu janji aku dapat menikmati makanan kat situ.

Tuan Kedai tu sudah mempunyai 3 cawangan kedai area Miri ini..(Tempat aku tinggal yea)..Datanglah kalau sudi ke Miri..Tuan kedai ini dahulu asalnya ‘Nakal’ sikit sama juga dengan dengan istilah Gangster..Sekarang nie dia dah bersara dari job tu..hehe…Tapi takpe..Tu kisah dulu…Janji makanan kat kedai beliau amat sodaapp sekali untuk dinikmati…

Semalam aku makan Nasi Goreng Paprik Ayam..Nie memang menu kegemaran aku..Asal aku makan kat situ pekerja dioarang takyah tanya kompirm tau punya..tak pun aku makan Nasi Ayam..Tu dua menu kegemaran aku..Tambah pula dengan IceD LemoN Tea..Fuhh…memang mengancam beb…Hehe..

Gambar Menggunakan SE P1i

Tu dia nooo chekk dah tunjukkan gambaQ Nasi Goreng Paprik Ayam Special lagi..hehe..meleleh ke air liur tu??Datang la Ke Miri,Sarawak kang aku tunjukkan korang kedai tu..Aku jamin sedap bag i ku je la yea..Korang aku tak tau??Sedap ikut cita rasa korang…

Sebenarnya berdepan dengan kedai ini ada juga kedai makan yang lain((XXX Restaurant..)ehehe…Customer yang datang kat kedai tersebut??Jangan kata la..rasanya lebih banyak kat kedai makan yang aku selalu pergi tu…Bukan nak kata kedai XXX tu tak bagus tak sedap..tetapi cara layanan,service dan X-factor yang lain memungkinkan customer berpaling tadah kat kedai Damai nie..

Tambahan pula,harga makanan memang la murah dan banyak lagi..Korang tengok lah Nasi Goreng Paprik di atas..??Berapa harga yea agak-agaknye??RM 8??Bukan..Hanya RM 5.00 cukup berbaloi bagi seorang pelajar..

Nak bandingkan kat Restaurant XXX tu??RM 5 juga aku rasa tetapi kuantiti dan kualiti yang membezakan untuk aku memilih tempat makan hehe…

Nah…aku tunjukkan sebanyak inilah kadar hidangannya…Nak buat korang meliur lagi..hehe..Banyak ke??Rasanya sangat mencukupi untuk aku ditambah pula dengan Nasi Gorengnya yang banyak yang mana melebihi jumlah yang sepatutnya

Cakap-cakap pasal perniagaan pula..tidak kira perniagaan Internet mahupun offline atau apa jua perniagaan aku rasa kita patut menyediakan lebih daripada apa yang pelanggan atau prospek anda jangkakan.

Sama juga dalam situasi aku tadi,Harga Nasi Goreng Paprik kedua-dua kedai sama je RM 5.00 tetapi oleh sebab X-Factor(Bukan group penyanyi tu yea) aku lebih untuk memilih kedai makan tu dari kedai XXX tadi.

Daripada pemerhatian aku,seorang peniaga/penjaja/marketer atau apa jua istilah yang sewaktu dengannya,kita perlulah menjadi seorang kawan/teman/kenalan kepada bakal prospek atau pelanggan anda.Apabila terjalinnya ikatan tersebut maka prospek akan lebih mudah percaya.Justeru itu,anda akan mudah mendapat pelanggan tetap dan bakal pembeli product anda.Itulah yang taukey tu bisik-bisik kat aku masa aku g kedai beliau semalam.Kalau boleh dia kata,dia nak semua layan pelanggan sama rata tetapi itu semestinya mustahil tetapi sememangnya taukey tu amat ramah sekali dengan pelanggan.

Tidak semestinya apabila anda menjual product anda dengan harga yang mahal anda tidak akan mendapat jualan.Kalau product anda tersebut merupakan ‘HOT ITEM’ tentunya pelanggan akan membeli tidak kira apa jua.

Walaupun  bukan mudah berurusan dengan bakal pelanggan,tetapi seboleh-bolehnya cuba memberi yang paling terbaik bukan lagi hanya terbaik..Kerana pelanggan akan demand lebih daripada mereka jangkakan atau sangka..Percayalah..Anda sememangnya tahu kerana anda juga adalah pelanggan kepada peniaga lain :)

Mungkin juga anda boleh menjadikan pengalaman apa yang melalui pancaindera anda boleh dijadikan pengajaran ataupun sebagai satu sumber research untuk anda membuat produk sendiri?? :)

P;S Taukey tu memang dah kenal aku …hehe..kerana aku selalu lepak kat kedai beliau.hehe

Posted on May 28th, 2008 by admin with 8 Comments »

Kekurangan Moment…bukan

Wah…Rasanya dah berhari-hari agaknya aku menghilang…Kat forumwangcyber mahupun chat ngan taukey,kawan seangkatan dan merangkap bos aku di Mastereload2u.com..Aku jugak jarang dah surf blog-blog yang selalu aku singgah…Tak tau la korang perasan ke tak kan?? :)

200px}}

Image via Wikipedia

Bukan apa…Aku rasa cam kehilangan momentum…Momentum untuk berblogging,berforum mahupun berchatting..Ini bukannya pasal tekanan jiwa peperiksaan tetapi ada beberapa masalah lar…Pada post akan datang aku akan ceritakan..Aku sungguh LETIH…

Kalau ikutkan apa yang aku belajar dari mechanical engineering studies selama 2 tahun ini,Moment berlaku apabila ada pergerakan dalam arah jam atau lawan arah jam yang mana bersamaan dengan jarak dan tekanan..(Wah,…hafal jugak yea walaupun aku jarang belajar..)

Mohr's Circle, used to analyze the stresses of a mechanical element

Image via Wikipedia

Moment=Distance x Forces where force is constant…

Semakin jauh jarak(Distance) semakin jauh moment yang dihasilkan akan menjadi semakin besar…Jika forces dicondongkan sedikit mengikut degree(Darjah kecondongan) maka forces akan berkurangan.Jika forces berkurangan maka moment jugak akan berkurangan..Tetapi Moment masih berkadar terus dengan distance moment.

Kenapa pula aku wat post ini ya??ada ke kaitan dengan perniagaan Internet mahupun berblogging??

Aku nak wat theory sendiri :) ..Tapi aku tak harap la korang ikut yea..Sekadar pandangan aku sahaja..Sekali lagi aku katakan moment bersamaan dengan jarak(distance) darab dengan tekanan(forces) di mana kadar tekanan adalah constant.

Kalau rumus ini dipendekkan akan menjadi

M=fd

Dimana M adalah moment

f=forces,d=distance

Dalam perniagaan Internet juga kadang-kadang anda boleh membuat rumus sendiri agar ianya memberi sedikit keyakinan dan kekuatan dalaman diri sendiri..Benar kata orang tua,pengalaman adalah ilmu pengajaran yang terbaik daripada kita tengok hanya dengan mata.

Bayangkan melalui penglihatan kita leh belajar sesuatu..Sebagai contoh,anda melihat pomen(Mechanic) motorsikal yang pasang blader tayar baru dan anda tentunya akan mencuba memasang sendiri blader tayar yang telah pecah sendiri..Dan ini juga mungkin akan dilihat dengan mata kepala anak anda sendiri,anak buah anda…Tentunya mereka juga belajar daripada pengalaman dan ianya akan berlanjutan selagi ilmu ini dipraktikkan..Walaupun agak remeh,tetapi berapa ramai daripada anda mengajar anak anda untuk mencuba perkara baru sendiri???

Berbalik dengan perniagaan Internet dan digabungkan dengan formula m=fd …

Kita andaikan M=Moment tadi dengan hasil yang anda perolehi…Andaikan juga f=forces tadi dengan usaha yang anda lakukan..Kita juga andaikan distance tadi sebagai = masa,tenaga dan modal yang anda keluarkan.

Kita juga membuatkan mengubah abjad terbaru..$$=fd …

Jadi..Semakin banyak masa,tenaga,dan modal yang anda keluarkan semakin banyaklah pengalaman yang juga anda akan belajar dan mungkin anda akan dapat $$$ sebagai pulangan modal dan juga keuntungan..Tetapi usaha anda juga kena lah beristiqamah atau berterusan..Usaha sedikit tetapi kalau berterusan tentunya akan menampakkan hasilnya..Biarpun sedikit usaha tersebut tetapi kalau anda percaya dengan usaha yang sedikit tentunya akan menampakkan keuntungan jangka masa panjang walaupun keuntungan tersebut bukannya hasil wang semata-mata..

Justeru itu mulakan langkah anda sekarang juga..Biar usaha sedikit janji menampakkan hasil…

P:S Gunakanlah formula tersebut jika dirasakan sesuai dengan anda :) hanya sekadar pandangan

P:S TIDAK DIBENARKAN untuk menciplak artikel ini…

Posted on May 26th, 2008 by admin with 7 Comments »

Yamaha Lagenda idaman kalbuku!!

Salam…wah rasanya dah beberapa hari aku tak dapat online..Bukannya apa..Sejak kebelakangan ini sibuk je memanjang..Yalah..sibuk dengan aktiviti offline..huhu…Bukannya tak nak update blog ini tetapi kesempatan untuk online agak susah dan limited..hehe…tapi tak apa..cuti nie nanti online puas-puas tapi study kena lah tak ditinggalkan..huhu…Maaflah aku tak dapat la nak reply beberapa email korang ek…

Baiklah..Post kali ini tentang Yamaha Lagenda..Rasanya siapa tak kenal dan jatuh cinta kat Yamaha Lagenda ini..Lagi-lagi Yamaha Lagenda terbaru nieh..Bagi sesiapa rasa kelakian tu belum ditunjukkan baik angkat Yamaha Lagenda baru nieh…Oppss apa sebenarnya kaitan post Yamaha Lagenda dengan perniagaan Internet ini yea??Nak tahu??Nantikan lah di akhir pembacaan anda :) ..Bagi arr aku peluang nak habiskan penceritaan tentang Yamaha Lagenda baru ini..hehe

Terdapat beberapa perubahan drastik dalam pembaharuan Yamaha Lagenda 110z baru nie antaranya termasuklah headlamp,control panel meter,exhaust,dan beberapa part luaran lagi.

Headlamp kat atas tu amat berlainan dengan design yang lama tu…Design headlamp yang lama lagi cantik dan mengancam..Tetapi design headlamp baru nie ada stail tersendiri dan ciri keselamatan..Contohnya,dari apa yang aku fikirkan..Kalau katakan anda mengalami kemalangan dan salah satu lampu tu pecah bermakna anda hanya perlu menggantikan hanya sebelah sahaja dan tidak perlu full set lamps..Ini sudah menjimatkan wang anda..(Satu ciri perniagaan Internet..cost effective) hehe..Ye lah..Mana tak jimatnya…tentu designer motor ini perlu memikirkan design terbaru dan cost effective,ergonomic,application of technology..Ini apa yang aku belajar dalam mechanical lar yea..Kalau salah tolong betulkan..hehe…

Control panel meter Lagenda baru nie gak memang gempaklah..Lebih-lebih lagi Lagenda 110ZR tu..mengancam siot…hehe…So kalau korang nak baca meter pun lebih mudah dan senang..Pendek kata,user friendly la Yamaha Lagenda nieh..Kalau Lagenda 110ZR pula control panel yang kat meter km/h tu yang bulat tu bercahaya berwarna biru..Mengancam bukan??Terliur sudah ke??hehe

Kali ini pihak Yamaha dah meng’upgrade’ ciri keselamatan untuk motor ini..Yelah..Kalau Yamaha Lagenda ni lah sasaran utama si penjahat bukan??Oleh itu,Lagenda ini dipertingkatkan lagi ciri-ciri keselamatannya..Memang berbaloi kalau angkat lagenda ini kan?? :)

Baiklah rasanya sudah tiba masanya aku nak kaitkan dengan Perniagaan Internet dengan Yamaha Lagenda ini kan?? :)

Cuba korang tengok nie Yamaha sentiasa meng’upgrade’ produk Lagenda kan>???Dulu Lagenda ini asalnya Lagenda SR je kalau aku tak silap..Kemudiannya designer mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang gempaks siot maka terciptalah pelbagai variasi Lagenda..Inilah boleh dijadikan sebagai contoh kepada para ;Newbie’ yang ingin memulakan perniagaan Internet.Pelbagaikanlah usaha anda mencipta pelbagai produk yang berasaskan satu ‘niche’..

Lagi satu…Aspek ‘hot product’ perlu dipertimbangkan..Tengok je lah..Lagenda ini produk evergreen sepanjang zaman sejak sebelum tahun 2000 lagi kan??

Klah…yang lain anda perlulah fikir sendiri..hehe..Fikirkanlah sendiri..Macam nabil kata,’Lu fikirlah sendiri’ hehe

Posted on May 22nd, 2008 by admin with 9 Comments »

Special Untuk anda

Okay baiklah..Entry kali ini memang ringkas memang mudah untuk anda fahami…Dan bertuah kepada penunggu blog ini yang setia…

Baiklah tanpa membuang masa yang berharga anda…Saya ingin membuat sedikit tawaran..Ketika ini saya membuka tawaran bertuah buat 3 orang yang benar-benar bertuah…

Saya menawarkan untuk membuat sistem autoresponder buat 3 orang pertama dengan meletakkan komen “SAYA BERMINAT” di ruangan komentar di bawah..Begitu mudah bukan???Memang mudah…

Tetapi sebelum itu anda kenalah ikuti syarat-syarat seperti berikut:

  1. Merupakan subscriber berdaftar yang SAH di muhdfirdaus.com
  2. ada webhosting sendiri yang berbayar.(Percuma akan dipertimbangkan)
  3. Senang untuk dihubungi melalui YM mahupun alternatif lain
  4. Yang lain-lain terpulang kepada budi bicara tuan punya blog ini :)

Saya percaya setup sistem autoresponder ini pada harga market ianya berkos RM 50 sehingga RM 120.Oleh itu,jika anda benar-benar ingin membina mailing list mulakan sekarang…

Saya hanya inginkan 3 orang sahaja dengan meletakkan “SAYA BERMINAT” di ruangan komentar dan saya akan menghubungi anda secepat mungkin.Ingat ianya hanya untuk 3 orang yang terawal sahaja.

Anda tidak kesempatan dalam list 3 orang percuma??Usah risau…Saya meletakkan harga setup autoresponder hanya RM 30 sahaja untuk 3 peserta yang bertuah seterusnya :) .Untuk 3 lagi selepas 6 yang bertuah(3 dapat free..3 lagi servis RM 30) seterusnya dapat servis ini dengan harga RM 50…Bukankah itu sudah murah untuk anda memulakan OnlineBiz anda??

Saya bukannya hendak menjadi killer market price tetapi saya ingin menyumbangkan sesuatu.

Tetapi kenapa semua angka ada ‘3′ yea???Itu biarlah saya jelaskan pada post akan datang :)

Siapa cepat dia dapat yea…

**Syarat lain-lain akan dibincangkan dalam YM..Yang penting kena ada Yahoo Messenger..

Sekian terima Kasih…

P:S Saya dah siapkan satu pula tempahan autoresponder dari seseorang yang tidak ingin namanya disebut.Ingat siapa cepat dia untung..hehe

Posted on May 17th, 2008 by admin with 17 Comments »
Page 1 of 1212345»...Last »