Misteri KEHILANGAN REMAJA dicari…
Baru-baru ini satu berita yang tidak ada keluar kat mana-mana medium media massa sekalipun gempar seorang remaja telah hilang dan jejaknya gagal dikesan selama beberapa hari kebelakangan ini.
Menurut sumber orang ‘dalam’ pemilik blog ini,remaja ini menghilangkan diri bukan kerana tekanan jiwa mahupun masalah pelajaran ataupun bergaduh dengan kawan-kawan mahupun sedang dilamun angau cinta dengan seorang awek basah lencun.. apa pulak nie yang sedang direpekkan nie…Semua ini tidak ada kaitan dengan perasaan mental.!!
Lupa pula,detail tentang remaja yang sedang dicari ini..Seriously,remaja ini amat sukar dijejak langkahnya..
Baiklah di bawah ada beberapa detail tentang remaja ini:
- Remaja yang berumur 17 tahun 5 bulan
- Tinggi lampai ke>>??Sekitar 178cm ketinggiannya..
- Kulit hitam manis mengalahkan gula
- Memakai spec yang frame berwarna hitam
- Suka minum air milo tak kira sejuk ke panas
- Suka memakai pakaian hitam dan biru.
- Semasa hilang,tengah berhadapan dengan laptopnya di Coffee Bean
- Menggunakan handphone SE P1i
- Suka merayau
- dan yang lain-lain akan dinyatakan kemudian(Jika ada)
Seperti yang diberitahu di atas sedikit sebanyak akan membantu para pembaca blog ini untuk mencari budak remaja yang hilang ini di alam maya mahupun dunia nyata.
Remaja yang belum dikenalpasti identiti sebenarnya ini dikatakan keluar bersama-sama rakan-rakannya pada kali terakhir dan kemudiannya tidak mendapat sebarang berita.
Kepada sesiapa yang menemui remaja ini,sila tinggalkan post anda di ruangan komentar di bawah.
Sebenarnya kepada sesiapa yang telah membaca post di atas ianya hanya pembuka kata sahaja dan bukannya benar hanya rekaan semata-mata oleh penulis blog ini..
Rasanya dah lama gak tak membuat apa-apa entry,post dan sewaktu dengannya..
Menurut taukey plak,aku sedang bertapa di dalam hutan maya…tetapi sebenarnya anggapan itu jauh meleset daripada fakta yang sebenar.Seminggu yang lepas aku sebenarnya sedang mencari $$$$ secara offline sedikit untuk menampung kos hutang piutang dengan seorang bro member yang otai dalam Internet Bussines ini..Latar belakangnya biarlah dirahsiakan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan
Walaupun menghilang entah kemana..Aku sering melawat ‘rumah2′ korang yang sudi melawat blog aku ini terlebih dahulu.Mungkin korang tidak dapat merasakan kehadiran aku..huhu…
Kebelakangan ini,ilham ku mundar mandir untuk menulis coretan…Mungkin blog ini akan ditinggalkan tanpa berpenghuni…atau pun hanya menjadi coretan peribadi bukannya lagi coretanku terhadap ebiz yang memang ingin diceburi sejak mendapat RM 1.00 yang pertama setahun yang lepas.
Benar kata otai sekalian,RM 1.00 pertama yang diperolehi melalui Internet sukar dilupakan dan jika sudah tahu caranya pastinya anda akan cuba menbuat RM 1.00 kedua dan seterusnya lagi.Ya benar juga kata orang,ebiz ini memerlukan fokus yang agak mendalam.Seperti kata labanon,siapa yang tidak kenal budak remaja yang berjaya menghasilkan lebih rm10k dalam seminggu dengan produk terbarunya,FOKUS pula amat penting seperti yang diwar-warnya kat threads terbaru dalam wangcyber.com.Berjumpa lagi!!
P:S Baiklah kena pergi sekarang…tengah sibuk menjana idea ![]()
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
































wahseh……hehehehe….perniagaan offline. hebat. Majulah muhdfirdaus.com ke hadapan. hehehe