Jana pendapatan anda melalui Handphone
Powered by MaxBlogPress  

Tension-Belajar atau Berniaga??



Haha…

Janganlah anda terpedaya dengan title entry di atas yang sekian kalinya akan mengelirukan anda dan kroni-kroni anda.Saya bukannya meminta anda untuk mengundi pilihan raya bagi pihak saya akan bertanding antara Dato Arif Shah mahupun Dr. Seri Anwar Ibrahim supaya saya boleh memenangi kerusi Permatang Pauh.Bukan itu,tetapi sebaliknya saya ingin meminta pendapat anda antara belajar dengan berniaga/buat duit online bukannya pelaburan Internet tetapi Perniagaan Internet.

Sebenarnya saya sudah mengalami dalam ‘zon kejutan‘ dan juga ‘zon tekanan atmosphere yang amat tinggi‘ kerana hanya tinggal beberapa bulan lagi detik menuju ke arah Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal saya hadapi nanti.

Rasanya sudah tinggal sisa-sisa tenaga batin yang sedikit sahaja yang mampu untuk dilakukan. Walaupun persediaan bolehlah saya katakan amat tidak berpatutan dengan apa yang akan saya hadapi ini agak susah untuk saya terima namun saya tidak boleh berkata apa lagi.Cuma perlu menjalani detik demi detik menghitung hari lagi yang kira-kira tinggal sebulan setengah lagi.



Baca lebih lanjut lagi.. »

Panduan BLOG terHEBAT!!!

Sistem Autoresponder Getresponse…Benarkah ia??

Salam kita berjumpa lagi…Mungkin agak sekian kalinya saya akan mengulas sedikit sebanyak tentang perniagaan Internet…

Percayakah anda seorang pengusahawan Internet memerlukan mailing list besar untuk melakukan sales atau menjadi affiliater yang terhebat dengan mencecah ribuan ringgit hasil affiliatenya??

Nak tahu tanyalah Dinberamboi…Taukey affialiate terhebat tu…Bukan mengampu tetapi kenyataan…

dan malah ramai lagi sebenarnya…Mereka semua mempunyai mailing list yang agak besar dan banyak..Jadi tidak hairanlah ada yang sanggup membeli getresponse dan aweber dengan ratusan ringgit kerana modal pusingan lebih sedikit berbanding keuntungan jangka masa panjang..

Tanpa cerita tentang Permatang Pauh,Meliwat,Diliwat lagi

Tanpa rasa nya cerita panjang…semua terkandung dalam ebook ini…

Download adalah percuma..KLIK SINI

Panduan BLOG terHEBAT!!!

8 Tag 8 Orang juga kena termasuk aku :D

Aduyai saya kena tag lagi daripada YazidYahaya pemilik juniorIm yang memang bercita-cita hendak menjadi Internet Marketer dalam perniagaan Internet.Baiklah,Kali ini saya tidak akan mengulas apa-apa yang berkaitan perniagaan Internet mahupun kes liwat-meliwat,rogol-merogol,dan kes jenayah utama..

Saya amat kurang menggemari tag ini hehe..walaupun sebenarnya gemar membalas tag-tag ini sebaik mungkin.Kali ini saya nak tag sapa kita tunggu dan lihat nanti..jeng..jeng..jeng

Baiklah..kesuntukkan saya oleh itu saya akan jawap sebaik mungkin dan cara yang paling pantas dan senang difahami??:D

1.What is the most important thing in your life?
Jawapan: Aku mempunyai mata 4..so cermin mata tanpanya awek ku kabur :D

2. What is the last thing that you bought with your own money?
Jawapan: Aku beli coca-cola..RM 1.40 naik harga daa :(

3. Where do you wish to get married?
Jawapan: Masjid ofcourse…Tapi bukannya tempat orang bersumpah liwat tu yea

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
Jawapan: Now maybe :).

5. Are you in love?
Jawapan: No,I will..hehe ada colan dah :D

6. Where was the last restaurant you had dinner?
Jawapan: Madhlie Cafe somewhere in Miri,Sarawak

7. Name the latest book that you bought?
Jawapan: Chemistry References Books..For my study…

8. What is your full name?
Jawapan: Only in My IC..hehe

9. Do you prefer your mother or father
Jawapan: Both.Prefer mother

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Jawapan: Dr. SMS Angkasawan Malaysia

11. Christina or Britney?
Jawapan: Tak minat langsung…

12. Do you do your own laundry?
Jawapan: Mother la..




13. The most exciting place you want to go?
Jawapan: My Home..HomeSweetHome

14. Hugs or kisses?
Jawapan: Maybe more than that..But..After get married la ooo hehe

15. Point out 5 things about the person who tagged you.
Jawapan: Syuxx,Member aku daa…kiut :D ..playboy,pandai design..,member sarawak :D

16. 8 things I am passionate about
- money
- girls
- love
- laptop
- handphone
- car
- kerjaya
- Banyak lagi :D

17. 8 things I say too often
- Sayang…
- kamek…
- aku…
- wei…
- ntah la…
- muhdfirdaus.com
- promosi, promosi dan promosi..
- Kurang ajar…hehe

18. 8 books I’ve read recently

Jawapan: Ada…
Buku teks sekolah,buku ..buku…buku..Majalah IM :D

19. 8 songs I could listen to over and over again
Jawapan: Permintaan Terakhir,Burongan Cinta,Dan kalimah Allah(Bukan lagu tau..)

20. 8 things I learned last year
Jawapan: Tak cukup aku tulis kat sini.Pengalaman mengajar kita :D

21. 8 people to tag :

1)Syuxx My new JV Partner :D
2)Terabai Siapa ni??
3)Dr Inspirasi >>Salute bro nie…
4)Bro Mail >>>Otai Blogger
5)Khairul Aku tak kenal ni..tapi tag aje laa
6)Syed Hafidz

7)Amanz
8) Labanon Yang ni saya tak tahu ke dia akan balas ke tak orang sibuk katakan :D

Baiklah itu sahaja…

Sekian Perniagaan Internet mulakan sekarang!!

Panduan BLOG terHEBAT!!!

5 Masalah perniagaan Internet kepada Pelajar(muhdfirdaus.com)



Salam…Malam ini saya rasa ingin meluahkan sedikit sebanyak pengalaman peribadi dan juga pandangan dari lensa seorang Pelajar yang ingin membuat perniagaan Internet tanpa seorang guru atau modal yang banyak.Di sini bukanlah saya ingin angkuh kerana memulakan perniagaan internet tanpa berguru dengan Internet Marketer yang bergelar ‘otai’ tetapi ingin menyedarkan golongan belia yang kebanyakkan kini terlibat dengan aktiviti kurang bermanfaat seperti merogol,mengacau anak dara orang malah ada bini orang dan juga merokok(membuang duit saja…maaf ini kenyataan ya),meliwat,diliwat dan macam-macam lagi hal karenahnya.

Jangan gelak apabila seorang pelajar berusia belasah belasan tahun yang ingin membuat perniagaan Internet tanpa modal yang besar.Mana tahu orang yang anda gelak itu nanti akan membantu anda yang tersipu-sipu malu untuk bergiat dalam bidang perniagaan Internet??

Usia bukanlah penghalang jangan tengok kepada digit-digit usia itu sendiri tapi pandanglah kepada semangatnya untuk mendirikan perniagaan Internet sendiri.

Dalam perniagaan Internet tentunya pelbagai dugaan dan rintangan yang harus dilalui tidak kira usahawan Internet itu muda,tua atau kurang tenaga batin lagi.Itu bukanlah ukuran yang tepat.

Mungkin artikel teringkas perlulah anda hayati terlebih dahulu.KLIK SINI untuk artikel asas perniagaan Internet yang paling ringkas yang boleh membantu anda untuk bersemangat memulakan perniagaan Internet sendiri. Sebelum itu,anda mungkin agak terkelu dengan perniagaan Internet..

Apa kata anda mulakan dengan adsense dahulu??Mungkin artikel serba ringkas uini boleh membantu anda >>>KLIK SINI<<<

Berbalik kepada tajuk entry di atas,mungkin pendapat di bawah ini terdiri daripada pengalaman sendiri dan jua sebahagian daripada pemerhatian kurang jelas blogger yang ingin memulakan perniagaan Internet empiyar nya :D .Jika saya seperti anda saya akan belajar daripada kesilapan lalu dan akan terus bangkit dan terus berusaha tanpa menoleh ke belakang lagi biarpun orang mengata anda,mengeji dan juga menghina.

Anggap Cacian itu sebagai pemangkin kejayaan perniagaan Internet anda


Baca lebih lanjut lagi.. »

Panduan BLOG terHEBAT!!!

Harga Minyak turun RM 0.15 sen sahaja??

Wah berita yang kurang mengejut agaknya bagi ahli peramal politik bukan??

Ya la..Saya juga berpendapat begitu..harga minyak turun hanya 15 sen ringgit Malaysia..

Dulunya harga minyak RM 2.70 sen seliter selepas naik agak mendadak daripada RM 1.92 seliter.Dengan turunnya harga minyak walaupun hanya 15 sen sahaja itu agaknya belum lagi mampu menampung beban kepada golongan miskin dan juga kelompok rakyat yang dalam lingkungan sederhana.Bagi golongan atasan dan kaya,turun naik minyak langsung tidak akan memberi impak yang agak ketara kepada mereka ini.

Bagi saya mewakili golongan belia yang menunggang motorsikal,turunnya harga minyak ini kurang berbaloi la.Tapi lebih baik daripada tidak turun langsung bukan??

Cukup la sekadar saya mampu berjimat RM 0.45 sen sahaja.Masa harga minyak RM 2.70 saya beli minyak 3 liter aje lebih kurang.Sekarang ni tiga liter minyak petrol mungkin cukup untuk menampung Yamaha Lagenda saya yang berkapasiti 4.5 liter.

Apa lagi kaitan dengan harga minyak dengan perniaagan Internet??

Agaknya tidak ada kaitan langsung tetapi diharap harga barang fizikal di pasaran akan turun la berikutan dengan turunnya harga minyak ni bukan??




Mungkin ada beberapa blogger lagi melaporkan ini antaranya

KNizam,dppwp,pinkturtle,ezoha community,Tun Dr Mahathir,ChanLilian, dan banyak lagi blogger yang tidak saya dapat senaraikan di sini..

Mungkin e-news online terawal : Harian Metro

Turunkan harga minyak bermakna harga barang pun WAJIB turun..

Midnite update by dauz.

Panduan BLOG terHEBAT!!!

Bendera Malaysia diterbalikkan??Apa kejadahnya??

Credit to KhairulAqmal

Kali ini saya tidak akan mempercakapkan tentang dunia perniagaan Internet atau pun apa sahaja yang berkaitan dengan Internet.Namun lihatlah gambar di atas.

Politik oohhh politik

Apa perasaan anda??

Jika anda merupakan anak jati negara Malaysia pasti akan sedikit berasa agak terganggu minda di luar kawalan.Pastinya akan berang dan berasa marah apabila Jalur Gemilang diterbalikkan..Mana perginya semangat kenegeraan rakyat Malaysia??Jangan libatkan politik perniagaan Internet dengan negara tercinta Malaysia..

Lupakah anda dengan kepayahan dan kesusahan para pejuang Merdeka yang bersemarak memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu suatu masa dahulu??Di mana kesedaran orang Melayu tipikal ini??

Lupakah anda terhadap jasa Mohammed Hamzah,pencipta Bendera Jalur Gemilang??

Walaupun saya bukannya hidup pada zaman Mohammed Hamzah ini mencipta bendera Malaysia,kita sewajarnya perlulah menghormati bendera negara kita.Jika beliau(Mohammed Hamzah) pencipta bendera Malaysia ini masih hidup,tentunya beliau akan meratapi dan terharu malah sakit hati jika mendapati bendera Malaysia diterbalikkan sewenang-wenangnya.Malah bukannya beliau sahaja mungkin semua pejuang kemerdekaan akan semarak lagi menentang perjuangan prolifik yang menterbalikkan bendera ini.Bukannya menentang penjajah lagi tetapi menentang anak bangsa sendiri yang bagaikan menjual maruah negara Malaysia!!


Baca lebih lanjut lagi.. »

Panduan BLOG terHEBAT!!!

Gagal,gagal atau …….

GAGAL

Satu istilah yang baik tetapi amat menyakitkan diri bukan?

Dalam perniagaan Internet,kegagalan bukanlah satu yang harus dibimbangkan oleh sesiapa sahaja yang mahu memulakan perniagaan Internet atau (e-biz sama ertinya dengan Internet Bussines) kerana lumrah kehidupan kita sering dan akan kerap kali mengalami kegagalan sama ada secara mental mahupun fizikal.

Perniagaan Internet kerap kali dikatakan bahawa kita memulakan perniagaan dengan modal yang kecil malah ada sesetengah Internet Marketer mengatakan mereka memulakan perniagaan Internet dengan modal yang serendah hanya mendapatkan hosting dan juga domain.Seperti sedia maklum,memang diakui bahawa modal perniagaan Internet amatlah rendah dan risiko kerugian juga agak rendah berbanding perniagaan Konvosional yang memerlukan modal ribuan ringgit malah ada yang mencecah ratusan ribuan ringgit..Siapa sanggup??anda??

Jika anda memang berasal daripada keluarga yang berada dan golongan mewah yang memang mempunyai modal yang mencukupi apa salah anda menceburi perniagaan konvosional??namun bagaimana nasib dengan kita orang yang sederhana dan bawahan??

Jawapannya.. Perniagaan Internet adalah module yang paling sesuai dan bertepatan dengan kita ini..

tapi bagaimana dengan persediaan anda dalam dunia perniagaan Internet??

Saya bukanlah seorang Internet Marketer yang agak berjaya..tetapi saya ingin tekankan di sini sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan Internet sekiranya mereka mempunyai kemahuan dan juga keinginan yang tinggi tidak kira berapa yang anda sasarkan dalam menjual di Internet…Sungguh!!Saya juga mensasarkan saya hanya dapat menjual di Internet dengan jumlah bawah RM 100 namun saya berjaya melangkaui sasaran saya..

Memang newbies kerap dan acapkali berkaya

“Saya tidak tahu…”

“Saya takut gagal…”

“Saya takut ditipu..”

Dan macam-macam lagi

Apa pendapat anda??:)

Panduan BLOG terHEBAT!!!

Pengumuman:Laman Panduan Order Form ditutup

Pengumuman ini penting sangat…Saya akan menutup site Panduan Order Form untuk dinaik taraf dan beberapa kerja-kerja khas akan datang seperti menambah sistem affiiliate ..opss komisen mungkin dalam RM 10 begitu..Serta minimum payout akan diberitahu kemudian harinya..

Saya tengah mencari designer lagi untuk banner-baner khas..SImple aje tapi itu untuk tujuan anda mempromosinya…

Sekarang ni semua kerja saya buat sendiri kecuali design-design element

Akan ditutup selama 2 hari saja kot..

Sesiapa nak buat JV ngan aku leh aje..exchange kupon diskaun ke.. :D

Kena restructure semula adoi…

salam kena bertindak cepat nie…

Panduan BLOG terHEBAT!!!

muhdfirdaus.com berubah themes sudah…

Salam…

Pagi ini saya baru aje tukar theme wordpress muhdfirdaus.com yang baru saja berusia 9 bulan aje blog ini.Sungguh pantas masa berlalu tanpa saya sedari..Kini tinggal hanya kira-kira 2 Bulan untuk mengahadapi Sijil Peperiksaan Malaysia buat kali terakhir sebagai seorang pelajar sekolah :) ..

Kenapa nak tukar themes sangat isu harga minyak naik??

Saya menukar themes ini yang milik DailyBlogTips.com tidak ada kaitan sama sekali dengan kenaikan harga minyak komoditi tempatan mahupun kes liwat saiful yang baru bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan.Saya menukar themes ini kerana lebih terpikat..Simple,mudah dan menepati cita rasa saya..So apa tunggu lagi??Kepada blogger yang belum menukar themes saya cadangkan anda menukar themes.Mungkin dengan menukar themes yang baru semangat penulisan blog akan lebih menyerlah,drastik mahupun mempunyai sifat-sifat mengkritik yang amat tinggi :D .

Kepada sesiapa yang belum mengenali siapa dan apa itu blogger mahupun Internet Marketer jangan semberangan sembrono saja mengkritik.. Cuba anda di tempat mereka,mungkin anda baru mengetahui apa itu erti kehidupan..Saya bukan nak mengkritik mahupun menunding jari kepada sesiapapun.Saya hanya memberi sedikit kesedaran kepada dunia..ALamak Besarnya cita-citaku :P ..

Berikutan tentang hacker menghack beberapa server hosting,saya amat berbangga dan amat menyokong usaha webhoster tempatan yang bertungkus-lumus memberi yang terbaik kepada para pelanggannya.Webhoster bukannya cabang perniagaan Internet yang semudah disangka tetapi ianya memerlukan iktizam yang tinggi dan kesabaran melayan karenah pelanggan yang terdiri daripada pelbagai ragam dan juga sikap..Take its positive

Orang yang mengulangi sejarah pasti melupai sejarah

Dalam kesempatan ini,sukacitanya saya ingin memberitahu bahawa peluang menjadi affiliater E-book Panduan Mudah Order Form terpaksa saya tangguhkan terlebih dahulu ekorang beberapa masalah peribadi yang harus diselesaikan dahulu dan juga kekangan masa yang agak menyusahkan hati ini..

Saya juga kena siapkan banner kalau nak buat sistem affiliate agar mudah nak korang mempromosikan ia..

SEkian Salam berjumpa lagi

Panduan BLOG terHEBAT!!!

Rebut Peluang anda sebanyak mungkin

Salam…

Dalam entry yang serba ringkas ini,pertama sekali aku akan gantikan kata ganti diri aku kepada saya.Ini mungkin lebih formal rasanya..Sebabnya nanti akan ada orang memikirkan bahawa blogger muhdfirdaus.com adalah kasar.Tetapi sebalik itu,Saya lebih gemar menggunakan bahasa ‘aku’ dalam perbualan harian.Namun begitu perbualan harian tidak akan sama dengan dialogue secara maya.Harap jangan di salah sangka ye…

Baiklah kembali kepada entry ini,saya rasa kamu semua tentu sudah mula memikirkan peluang apa yang dimaksudkan yang perlu direbut sebaik mungkin.

Mungkin post saya ini lebih kepada umat Islam yang semakin hampir tibanya untuk menyambut bulan ramadhan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.Selepas sebulan selepas menahan diri daripada dahaga makan,minum,dan nafsu akan pula menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia.

Saya melihat bulan puasa ini sebagai peluang yang amat berharga disamping beribadat dan beramal.Baiklah semoga entry ini bakal memberi sedikit semangat kepada anda semua dan saya juga.Di bulan ramadhan ini peluang perniagaan memanglah besar dan jika anda pandai mengambil peluang ini tidak mustahil dengan senang-senang anda akan memperoleh keuntungan yang lumayan.

Katakan anda menjual kuih-muih di bulan ramadhan pada waktu petang di pasar ramadhan.Ditambah lagi jika anda menjual makanan untuk berbuka puasa.Saya mempunyai seorang kenalan yang hanya menjual sate di pasar ramadhan dengan bermodalkan rm500 sahaja dia boleh memperoleh keuntungan bersih RM 700.Inilah dikatakan rezeki halal.

Bulan ramadhan ini,pastinya sesiapa yang rajin membuat kek tentunya akan laku.Kebiasaannya,si pembuat kuih ini sudah mempunyai reputasi yang tinggi dan tidak mustahil repeated buyer akan membeli lagi kek kuih lapis ini akan membeli lagi sekiranya buatan si penjual kuih itu sedap.

Kalau di Sarawak,Hari Raya Aidilfitri jarang sekali anda tidak akan melihat bermacam-macam jenis kek atau kek lapis kerana ianya sudah seperti adat tetapi bukannya membazir.Mungkin ini berbeda dengan orang Melayu di Semananjung Malaysia yang mana pada Hari Raya Korban lebih banyak mempunyai kek-kek dan kuih lapis betul ke??

Baiklah..Peluang seperti inilah masa yang perlu ditunggu kepada kita untuk memperoleh sedikit pendapatan.Bagi lelaki,apa salahnya anda menjual kebab ke burger ke di pasar ramadhan insyallah akan mendapat sambutan..

Saya kena pergi ada hal…Sekian..

Owh ya..kepada taukey..nanti saya akan hubungi anda :D

Panduan BLOG terHEBAT!!!