5 cara untuk Blog Anda TIDAK dikenali

Cover of Deathblow (vol.

Image via Wikipedia




Kita berjumpa lagi.Sepantas masa berlalu dengan mudah kita alpa dengan umur bumi yang semakin tua nak uzur ni..Mudah sahaja update post kali ini.

Anda dah tengok tajuk post di atas??Sudah tentunya ianya berkaitan dengan blogging,blog dan blogger.Pendek kata,post kali ini akan membawa kepada kejatuhan populariti blog anda.Jangan pula anda silap pemahaman.Saya sebenarnya ingin membalikkan “mindset” kita yang selama ini hanya inginkan tip yang baik dan positive.

Cuba anda terbalikkan(inverse) “mindset” tentang cara pemikiran kita :) .Minda kita berkata,”Biasakan yang biasa”.Kenapa tidak kita berkata,”Biasakan yang luarbiasa”.Nescaya,pemikiran luar biasa akan membuatkan orang biasa seperti kita ini menjadi luar biasa di mata orang lain.Mungkin ayat ini akan membuatkan minda anda di tengah-tengah keraguan bukan??

Baiklah,tanpa membuang masa saya akan berikan tip bagaimana untuk menjadikan blog anda TIDAK DIKENALI OLEH ORANG LAIN.Walhal,orang lain berebut-rebut untuk mendapatkan Page Rank yang tertinggi,dikenali ramai,mahupun menjadi sebutan ramai orang kebiasaan.

5 tip percuma untuk blogger ini mungkin akan membuatkan blog anda diragui kewujudannya.Jadi oleh itu,saya tidak langsung bertanggungjawab terhadap apa-apa tindakan yang anda lakukan :P

5 tip tersebut iaitu:

1.Jangan exchange link dengan orang lain

Percayalah.Nescaya blog anda langsung tidak dikenali oleh sesiapapun.Walaupun begitu,exchange link sebenarnya boleh meningkatkan kebarangkalian blog anda akan naik Page Rank

2.Jangan letakkan link blog anda di ruangan komentar

Ini langkah paling drastik jika anda tidak mahu blog anda dikenali ramai.Anda boleh memberi komen tetapi jangan meletakkan link blog anda di ruang komentar sesungguhnya “spider-web robot” amat menyukai link blog anda :)

3.Jarangkan penghantaran post anda

Langkah ini paling bijak jika anda hendak menjatuhkan kepopulariti blog anda.Sebagai contoh,blog ini sendiri jangan update post terkini akibat kesibukan owner muhdfirdaus.com bagi menumpukan SPM-nya.Sesungguhnya,sesiapa yang jarang update blognya pasti akan menyesal :)

4.Jangan reply atau memberi respon kepada komentar

Mungkin anda tertanya-tanya,”apahal pulak ni”.Ya sebabnya,jika tiada sebarang respon daripada owner blog tersebut dan komentar yang lain beranggapan bahawa kewujudannya tidak diperlukan oleh owner blog tersebut.Ini juga akan mengurangkan pelawat yang datang menjenguk blog anda

5.Jangan meninggalkan kesan atau jejak and.

Haa…Ini amat payah untuk dilakukan.Anda sekurang-kurangnya jangan meninggalkan jejak langkah anda menjenguk blog tersebut.Jangan join mana-mana sosial bookmarking,atau seperti mybloglog.Akibatnya nanti,akan ramailah yang menjenguk blog anda sedangkan anda tidak ingin dikenali bukan??

Tamat sudah 5 tip yang agak berguna kepad blogger yang tidak ingin dikenali.Baiklah,sudahkah “mindset” anda direverse??Sekarang baliklah kepada yang postive bukannya negative. :) Saya tidak langsung menyeru anda mengikuti langkah seperti di atas.

5 tip tersebut sebenarnya hanya ditujukan kepada blogger yang sombong.OPpppss…Anda dan saya bukan blogger seperti yang dimaksudkan okay :)

Selamat Hari Raya..

P:S Taukey,dah terima ke tidak>??:)

Reblog this post [with Zemanta]

Bukan tiada orang suka kita..

Salam semua rakan-rakan bloggers sekalian,

Kita masih lagi dalam mood raya bukan??semua orang rasa agak sedikit malas yang mana tentunya bagi seorang yang bergelar pelajar mood raya masih lagi bermain di minda seperti permainan di taman..Hehe…

Post kali ini mungkin agak berunsur motivasi bagi sesiapa sahaja yang terasa tiada siapa yang suka kat dia.Suka ni macam-macam.Bukan suka yang bermaksud hendak membuat seseorang untuk dijadikan pasangan hidup..

Orang ni rambut aje sama hitam tetapi hati lain-lain

Lumrah kehidupan apabila ada orang membenci kita namun ada juga sebaliknya yang menyayangi kita.Tuhan mencipta manusia terdiri daripada pelbagai bangsa,kaum,agama malah warna kulit juga berlainan.Namun kita terdiri daripada berlainan inilah ada yang di antara kita yang tidak memahami satu sama lain.

Biasanya,Manusia akan insaf setelah kehilangan sesuatu yang disayangi.Barulah nak insaf.Sempena lebaran kali ini,marilah kita bermaafan satu sama lain dan janganlah menyimpan dendam kesumat yang mungkin sekian lama terpendam.Marilah berkata dalam hati:

Saya maafkan semua orang biarla orang tak maafkan saya

Kenapa perlu maafkan orang lain sebelum orang lain maafkan kita??

Nabi Muhammad S.A.W pun maafkan umatnya apatah lagi kita yang tidak seberapa sahaja di dunia ini.Dan berdoalah supaya orang yang membenci kita dibukakan hatinya untuk memaafkan kita pula.

Namun jangan risau.Orang yang tidak suka kita bukannya banyak mana pun.Tentu ada lagi yang banyak yang suka dengan kita.Usah bimbang.Manusia dicipta untuk menyerasikan diri masing-masing.

Walhal dalam perniagaan terutamanya Perniagaan Internet juga tentu ada nya customer yang tidak suka apa yang kita jual.Malah ada juga kawan-kawan mengatakan kita hanya buang masa sahaja.Lebih baik tumpu kepada pelajaran.Ya sememangnya itu betul

Utamakan yang utama terlebih utama

Tentunya para otai Internet Marketer yang semakin maju kini seperti dinberamboi,taukey,shuth(wangcyber),Sham dan ramai lagi tentunya pernah mengalami perkara seperti ini

P:S Maaf kepada IM kerana terpaksa memberi nama sebagai contoh :) kalau ada boleh la share bersama di blog  saya ini.

Saya rasa nak try la resepi sate ni ..  :)

Raya pada Hari Rabu

Fast Update:Selamat Menyambut Hari Raya pada 1.10.2008 ini..

P:S OFFLINE BUAT SEMINGGU

Salam Lebaran MuhdFirdaus dot com

Kad Raya Digital sudah??Lihatlah berapa pantas teknologi bergerak.Dulu kad raya dalam bentuk fizikal sekarang ni sesiapa sahaja boleh buat kad raya digital sendiri.Ingat..Ini untuk diberi secara online sahaja.Tidak perlu posmen jangan pulak ada di antara kita salah sangka pulak yea…

Saya,Muhammad Firdaus yang memang mewakili blog Muhdfirdaus.com dengan ini ingin memohon maaf secara online kepada sesiapa sahaja yang ada terasa hati,tersilap bahasa,tersilap chatting,terpelanting tohmahan,terlontar kata-kata menghina,tercakap itu ini dan macam-macam lagi.Khususnya buat warga komuniti Wangcyber dot com.Berbanyak memohon kemaafan daripada saya.

Diharap pada hari yang mulia nanti kita sama-sama menyambut dengan hati yang tenang tanpa ada meragut nyawa yang tersayang.Kek Raya takde la pulak..Nanti raya insyallah saya akan post-postkan gambar aktiviti raya sakan..oppss bukan raya sakan.raya in advance for spm dude..

P:S Kad raya digital ini sahaja yang dapat dihulurkan.Sekian terima kasih..

P:P:S Kepada semua termasuk rakan aku,taukey,dinberamboi,dan semuanya Selamat Menyambut Lebaran.Mohon maad zahir dan batin..

Salam raya

Salam raya kembali..

Pada hari raya ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya tidak akan dapat buat post yang panjang-panjang buat sementara waktu ini.Sangat sibuk membuat persiapan terakhir spm..

Hope anda faham

Saya akan buat post yang simple dan ringkas tetapi padat :)

Aku benci apabila membenci…

Salam jumpa lagi :)



Sekarang bulan ramadhan adalah digalakkan supaya anda tidak membenci satu sama lain walaupun ada perkara yang berlaku sebelum ini membuatkan anda membenci seseorang itu.Dengan timbulnya post ini,saya bukan menggalakkan anda membenci seseorang mahupun sesuatu.Tetapi ada yang harus kita benci,membenci dan dibenci atau terbenci :)

Post artikel ini tidak ada kaitan langsung dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau tidak.Yang pasti jangan terasa dengan artikel ini.Bukannya berbaur fitnah :) .

Terlebih dahulu saya berkenan dengan post artikel blog yang baru saya jumpai,maybe artikel ini patut dibaca oleh anda..KLIK SINI

Kenapa timbulnya post artikel seperti ini?

Mungkin saya ingin sekali memberi kesedaran betapa pentingnya membenci secara positive dan kebencian yang membina.Sekarang aku hanya ingin menatapi kebencian aku terhadap sesuatu dan seseorang.

Sekarang aku ingin nyatakan kebencian aku…

Aku benci..:

  1. Apabila seseorang itu membenci aku tanpa ada alasan
  2. Apabila menunggu orang berjam-jam tanpa menyatakan alasan yang munasabah
  3. Ketika berhadapan dengan orang yang langsung tidak menghormati sesiapa
  4. Ketika sedang menonton televisyen apabila astro down..arghhh
  5. Perempuan yang materialistik plastik
  6. sampah sarap…busuk…
  7. apabila line internet takda
  8. apabila tak gagal..Ini kenyataan
  9. orang hipokrik
  10. bla…bla..bla….

Tapi aku paling benci kawan makan kawan.Semua orang ada kawan kan??Aku juga begitu…Kawan umpama teman..hehe..Senang aje nak kawan ngan aku.Asalkan korang tak menipu.Aku tak suka ditipu dan menipu.

P:S Teknik Photoshop aku masih belum hebat lagi..kedua-dua gambar tu hehe…