SEMUA HARGA NAK NAIK…AKU PASTI NAIK ANGIN…

Lamak sudah aku takda update blog nie..kerana beberapa kejadian yang berlaku…

Bacalah petikan e-online yang aku ambil dari Utusan Malaysia KLIK SINI

PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

Kalau korang nak baca petikan dari Berita Harian pula KLIK SINI
Dengar-dengar semua barang akan naik..Inilah realitinya apabila harga komuditi PETROLEUM sedunia naik maka barang-barang lain akan turut naik selari dengan harga petrol..Yelah…Nak hantar barang pun lori kena ada minyak petrol..Kalau tak,tak jalan la lori tu kan??
Dulu petrol RM 1.92 seliter tetapi sekarang RM 2.70 seliter yang mana peningkatan yang melebihi 40% berbanding dahulu hanya naik RM 0.30 tetapi sekarang naik 78 sen seliter…Wah..Jelasnya kenaikan minyak kali memang akan membebankan semua pihak terutamanya golongan miskin..Aku agak kesian dengan golongan miskin..Dah lerr harga beras naik..semua nak naik..Aku nak kata kaya takde la..cukup lar untuk makan sebulan.TU untuk family aku la…Tetapi bagi keluarga yang berpendapatan sederhana pastinya akan tetekan dan mengalami perasaan jiwa yang kacau..Lebih-lebih keluarga yang ramai jumlah anak-anak…Kesian sungguh bukan??
Nampak gayanya sekarang nie,semakin ramailah orang akan bertukar arah untuk menaiki motorsikal yang jimat minyak seperti Honda EX-5,Honda Wave,Modenas Kriss,Dan…Yamaha Lagenda 110z..hohoho…Yelah..nak jimatkan??Ini mungkin pilihan ramai..Hoho…Sudah tentu harga motorsikal akan naik jugak :( …Kerana semakin tinggi permintaan tentunya taukey besar nak naikkan poket jugak :) …Sekadar pendapat aku lar yea..
Nak tahu kenapa aku naik angin??Aduh..dah lerr minyak naik..sapa tak naik angin..Bukannya aku yang cap duit..Orang kaya takpe la jgak..Sekarang nie kena semakin berjimatlah nampaknya :( …Aku pun tak tau macam mana nak cakap :) …Kalau nak kata kita ni susah maka lebih ada hamba ALLAH yang lebih susah daripada kita..Maknanya kita harus bersyukur dengan apa yang ada..
Aduh…lagi satu..Aku menghadapi kemalangan motorsikal beberapa hari lepas sebab tu korang tak nampak aku nak update blog ni ke,nak post2 mana2 forum…Aku takde la papa sangat…Cuma motor aku yang sakit..Aku setakat luka-luka tu ada la sikit..Tu takpe..Motor aku yang ‘Sakii’ yang sakitnya lagi bila keluarkan duit sendiri..RM 200 duit aku terbang..Orang yang langgar aku tu just bagi RM 200 so takda wat laporan polis..Tak teruk mana daa..
Nak tukar headlamp n coverset motor tu bukannya murah..nak adjust2 sikit fork tu lagi..Main la RM 450..Tapi aku tak kisah..Dah nasib aku kot..terima aje la..takkan nak menjerit macam orang gilerrrr yerkk???
Nampaknya terpaksa larr aku cari alternatif lain nak beli satu ebook sedang hot sekarang nie :( …Korang tentunya tau kan??Ye la…duit lam poket cukup2 je nie..adoi..Nak minta kat parent tak sampai hati la plak..Biar aku cari kaedah lain..Janji aku dapat gak ebook tu..
Ye larr…aku nak tambah pendapatan sampingan sekarang nie..Nak kurangkan beban ibu bapa aku lak… :)
AKU TETAP NAIK ANGIN…dohhhhh
P:S JANGAN MARAHHH…hehe
Zemanta Pixie
Bookmark blog iniThese icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • co.mments
  • connotea
  • digg
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

huhu. minyak naik harga lagi..

hmmm…..hancur masa depan ku….wakakaka

Leave a comment

(required)

(required)