TIP JIMAT PETROL(MUHDFIRDAUS.COM)
Salam sejahtera…agaknya belum terlambat rasanya merungkai serba sedikit perihal beberapa tip jimat petrol(minyak) maklumlah harga petrol kini di paras yang agak membebankan seluruh penduduk dunia.Akibatnya,makin ramailah yang hidup menderita lagi membebankan dan pada satu tahap suatu hari nanti pasti menjadi satu keadaan hura-hara.Diyakini sumber minyak mentah semakin berkurangan akibat desakan permintaan yang tinggi(High-demand).
Oleh sebab itu,maka perlulah digalakkan para saintis dan pereka cipta kita membuat kajian untuk membina satu alternatif penukaran penggunaan minyak kepada air.Maka jika penggunaan air berjaya diciptakan tidak mustahil pula air akan dijual RM 2.78 seliter seperti mana petrol.Manakan tidak,tidak mustahil perkara seperti akan berlaku suatu hari nanti..Namun perkara ini…wallahu’alam…Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui segala ciptaan-Nya.
Jika kita berjaya membuat penemuan kuasa wap air(Steam) mungkin akan menimbulkan perkara yang lebih baik daripada banyak menimbulkan masalah
.Malah kadar kemalangan jalan raya juga akan berkurangan kerana kuasa steam adalah lebih lambat daripada penggunaan bahan bakar.Dengan itu juga,ramai nyawa yang berharga dapat diselamatkan saban tahun.
Baiklah berbalik dengan artikel beberapa tip jimat petrol ini,tuan punya blog ini membuat sedikit experiment tentang tip jimat petrol.Yelah,mana boleh bagi tip sembarangan kepada orang yang membaca.Nanti dituduh pula memberi maklumat palsu.Tercemar pulak nama blogger-blogger sekalian..hihihi…
Amaran keras!!!!Tip yang diberikan kepada anda bukanlah 100% berkesan terhadap semua orang,pada ketika mahupun cara pemanduan anda.Semuanya bergantung kepada keadaan,nasib,masa,jenis kenderaan dan apa jua aspek mekanikal,teknikal dan sewaktu dengannya.Oleh itu,SILA DAPATKAN KHIDMAT PROFESIONAL UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
Baiklah..Saya akan berikan beberapa tip yang kebanyakkan daripada anda mungkin sudah mengetahui tip atau cadangan yang diberikan tetapi ianya perlulah diikuti mengikuti keselesaan anda.
Tip YANG PERTAMA
Minyak engine atau M-Oil kereta atau motorsikal anda perlulah ditukar mengikut masa yang ditetapkan.Kebiasaanya anda perlu menukar apabila kenderaan anda mencapai perjalanan sejauh 2000km untuk motorsikal dan 5000km untuk kereta.Penukaran minyak engine ini akan membolehkan enjin kereta anda terlindung daripada kotoran dan menjaga jangka hayat enjin kenderaan anda.Maka dengan itu,penggunaan minyak(petrol) akan dapat dijimatkan.Belilah minyak enjin yang asli bukannya tiruan agar enjin kenderaan anda dijaga dengan betul dan lasak.
Tip KEDUA
Tekanan tayar kenderaan anda diparas yang sesuai dan betul.Jika tekanan angin tayar kenderaan anda berkurangan maka ini akan menambah beban dan seterusnya melambatkan daya pecutan atau acceleration kenderaan anda.Apabila acceleration bertambah maka penggunaan minyak pun akan semakin banyak.Tapi awas!!!JANGAN PAM TAYAR KENDERAAN ANDA KETIKA DALAM CUACA PANAS TERIK DENGAN TEKANAN YANG TERLEBIH TINGGI DARIPADA SEPATUTNYA.Tayar anda boleh pecah!!Kerana molekul udara ketika cuaca panas akan mengembang dan collision akan berlaku antara molekul.Dan boleh membuat anda berasa pitam berdiri di bawah cuaca panas terik..hehe..(Kesihatan diri lebih penting).
TIP KETIGA
Tip ketiga juga tidak kurang pentingnya,pernahkah anda membuat sedikit experiment??Baiklah…saya cadangkan anda buat sedikit experiment.Baiklah situasi antara membeli minyak(petrol) pada waktu panas(tengah hari) atau waktu sejuk(Malam atau pagi)??Saya cadangkan anda membeli minyak pada waktu sejuk(Pagi atau malam).Sebaik-baiknya waktu pagi.
Mari kita buat sedikit experiment…Saya juga telah membuat experiment di mana kenderaan yang digunakan adalah YAMAHA LAGENDA 110z sebagai kenderaan statik.Kemudiannya saya membeli minyak di waktu pagi(sejuk) dan waktu panas(tengah hari).Saya dapati saya lebih dapat nikmati perjalanan lebih jauh sebanyak 45km dengan membeli minyak pada waktu pagi.
Penggunaan minyak jika dibeli pada waktu pagi adalah lebih baik.Nak bukti??alahai…saya terlupa mengambil snapshot meter kilometer perjalanan saya.Saya pastikan saya hanya membawa motorsikal pada lingkungan 60-80 km/h sahaja.
Mengapa keadaan ini berlaku??
Mengikut pemahaman saya,molekul petrol,C6H12
Kalau betul la lupa arr …hehe…Tapi molekul petrol akan menjadi lebih padat kerana dipengaruhi suhu yang sejuk.Bermakna anda akan mendapat lebih petrol di waktu pagi kerana udara@gas akan berkurangan di waktu pagi.Agak sukar di sini untuk menghuraikan..Saya percaya di sini tentunya ada ahli kimia yang lebih arif untuk menghuraikan.Oleh itu,anda dialu-alukan memberi pandangan anda.
Baikllah rasanya sampai di sini sahaja..Berjumpa kita pada masa akan datang.Walaupun tip yang diberikan sedikit semoga dapat dimanfaatkan bersama…
Sekian,wassalam..
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
hehhe…kuda??hehe…kuda mana ada kat miri lorr…mahal tu..baik beli motorsikal cam tuan punya blog..hehe..tapi loan lerr… ![]()
dulu. aku gi sekolah abah aku hantar. Balik rumah jalan kaki atau naik basikal merah aku tuh. Sekarang, aku naik keta. Tapi sejak minyak naik. Aku naik balik basikal merah aku tuh..
Dr,Inspirasi…wow…Dulu dan sekarang naik motorsikal je…gune kereta??bapak aku tak suruh..kang tak pasal2 pak polisi keluar surat putih tu..ehhee…
Paling penting setiap pergerakan rancang dengan teliti, satu perjalanan banyak perkara dilakukan. Kurangkan kelajuan kenderaan, lagi tekan lagi banyak minyak keluar.
































lama nye menyepi dauz.. sibok ye ngn SPM?