Kedai Makan vs Gerai Makanan
w
ah….Apa pulak kena mengena ngan title post ini yea??Kedai Makan VS Gerai Makan??Apa yang sama??Tentunya satu tempat untuk kita menikmati makanan dengan kita perlu membayar sejumlah wang kepada peniaga atau taukey??Sebenarnya idea untuk post ini ketika aku sedang menikmati makanan semalam kat Gerai Makanan..Opss Kedai Makan…Takde beza sebenarnya kan??Satu perniagaan yang berteraskan cabang yang sama tetapi nama saja yang lain..Yang jauh berbeda sekali dengan KFC mahupun mcDonald..
Kenapa pulak dauz ni mengarut yea??
Setelah meronda-ronda ke blog-blog yang selalu dironda..Alamak macam polis la pulak yea…Awal pagi dah aku online dengar lagu dari site music nieh..Saja aku buang boring yang mendalam…Semalaman aku tak dapat tido la pulak…Mana tak nya..Msg bertalu-talu datang ke handphone aku…Yang membuat aku benggang sangat N-Gage QD kesayangan aku tiba-tiba terpadam dengan sendirinye…dah la msg tu awek aku plak..Huhuhu…
Image via Wikipedia
Berbalik kepada tajuk entry asal…Baru semalam aku pergi makan kat satu kedai makan(Restaurant Damai) area rumah aku jugak..Bukan aku nak promote yea..Tuan Kedai tu pun tak tau aku wat entry nie..hehe..Kedai Makan tu selalu aku pergi walaupun seramai mana pun pelanggan biar aku tunggu janji aku dapat menikmati makanan kat situ.
Tuan Kedai tu sudah mempunyai 3 cawangan kedai area Miri ini..(Tempat aku tinggal yea)..Datanglah kalau sudi ke Miri..Tuan kedai ini dahulu asalnya ‘Nakal’ sikit sama juga dengan dengan istilah Gangster..Sekarang nie dia dah bersara dari job tu..hehe…Tapi takpe..Tu kisah dulu…Janji makanan kat kedai beliau amat sodaapp sekali untuk dinikmati…
Semalam aku makan Nasi Goreng Paprik Ayam..Nie memang menu kegemaran aku..Asal aku makan kat situ pekerja dioarang takyah tanya kompirm tau punya..tak pun aku makan Nasi Ayam..Tu dua menu kegemaran aku..Tambah pula dengan IceD LemoN Tea..Fuhh…memang mengancam beb…Hehe..

Gambar Menggunakan SE P1i
Tu dia nooo chekk dah tunjukkan gambaQ Nasi Goreng Paprik Ayam Special lagi..hehe..meleleh ke air liur tu??Datang la Ke Miri,Sarawak kang aku tunjukkan korang kedai tu..Aku jamin sedap bag i ku je la yea..Korang aku tak tau??Sedap ikut cita rasa korang…
Sebenarnya berdepan dengan kedai ini ada juga kedai makan yang lain((XXX Restaurant..)ehehe…Customer yang datang kat kedai tersebut??Jangan kata la..rasanya lebih banyak kat kedai makan yang aku selalu pergi tu…Bukan nak kata kedai XXX tu tak bagus tak sedap..tetapi cara layanan,service dan X-factor yang lain memungkinkan customer berpaling tadah kat kedai Damai nie..
Tambahan pula,harga makanan memang la murah dan banyak lagi..Korang tengok lah Nasi Goreng Paprik di atas..??Berapa harga yea agak-agaknye??RM 8??Bukan..Hanya RM 5.00 cukup berbaloi bagi seorang pelajar..
Nak bandingkan kat Restaurant XXX tu??RM 5 juga aku rasa tetapi kuantiti dan kualiti yang membezakan untuk aku memilih tempat makan hehe…

Nah…aku tunjukkan sebanyak inilah kadar hidangannya…Nak buat korang meliur lagi..hehe..Banyak ke??Rasanya sangat mencukupi untuk aku ditambah pula dengan Nasi Gorengnya yang banyak yang mana melebihi jumlah yang sepatutnya
Cakap-cakap pasal perniagaan pula..tidak kira perniagaan Internet mahupun offline atau apa jua perniagaan aku rasa kita patut menyediakan lebih daripada apa yang pelanggan atau prospek anda jangkakan.
Sama juga dalam situasi aku tadi,Harga Nasi Goreng Paprik kedua-dua kedai sama je RM 5.00 tetapi oleh sebab X-Factor(Bukan group penyanyi tu yea) aku lebih untuk memilih kedai makan tu dari kedai XXX tadi.
Daripada pemerhatian aku,seorang peniaga/penjaja/marketer atau apa jua istilah yang sewaktu dengannya,kita perlulah menjadi seorang kawan/teman/kenalan kepada bakal prospek atau pelanggan anda.Apabila terjalinnya ikatan tersebut maka prospek akan lebih mudah percaya.Justeru itu,anda akan mudah mendapat pelanggan tetap dan bakal pembeli product anda.Itulah yang taukey tu bisik-bisik kat aku masa aku g kedai beliau semalam.Kalau boleh dia kata,dia nak semua layan pelanggan sama rata tetapi itu semestinya mustahil tetapi sememangnya taukey tu amat ramah sekali dengan pelanggan.
Tidak semestinya apabila anda menjual product anda dengan harga yang mahal anda tidak akan mendapat jualan.Kalau product anda tersebut merupakan ‘HOT ITEM’ tentunya pelanggan akan membeli tidak kira apa jua.
Walaupun bukan mudah berurusan dengan bakal pelanggan,tetapi seboleh-bolehnya cuba memberi yang paling terbaik bukan lagi hanya terbaik..Kerana pelanggan akan demand lebih daripada mereka jangkakan atau sangka..Percayalah..Anda sememangnya tahu kerana anda juga adalah pelanggan kepada peniaga lain
Mungkin juga anda boleh menjadikan pengalaman apa yang melalui pancaindera anda boleh dijadikan pengajaran ataupun sebagai satu sumber research untuk anda membuat produk sendiri??
P;S Taukey tu memang dah kenal aku …hehe..kerana aku selalu lepak kat kedai beliau.hehe
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
(salam) buat admin
post artikel ni memang “pendek”, tapi sekali tayang punya makanan…memang sedap wo..tetiba rasa lapar perut…nampak gaye, macam kena pegi sana jugak tu…
p/s: membaca sambil membayangkan sesuatu makanan, memang best…jom pi kedai makan sekarang!
aku plak klu pegi kedai jer…”bang, nasi goreng ayam 1..” atau ” kak, nasi goreng USA 1..” haha…jarang tempah nasi goreng paprtik nih. Ntah la..
bro kat mane kedai ni? aku belajar kat curtin miri..balik2 lepak rasa segar la…surabaya la….nak gak test

































makan makan makan hehehe